Wednesday, September 26, 2007

KURSUS SONAR & VAN BASCO UNTUK GURU-GURU MUZIK RENDAH






















24 - 26 September 2007.. Kursus Aplikasi Perisian Sonar dan VanBasco telah diadakan di Makmal Komputer Sk.Bachang. Kursus ini telah dihadiri oleh 25 orang guru Muzik sekolah rendah yang terpilih dan bersama-sama dengan 6 orang JU. Kandungan kursus ini lebih kepada penyediaan bahan bantu mengajar untuk subjek Pendidikan Muzik khususnya kepada integrasi ICT dalam bilik darjah. En. Amran bin Aris dari IPPM telah mengemudikan kursus ini dengan dibantu oleh 6 orang Jurulatih Utama dari Jabatan Pelajaran Melaka. Terdapat 3 elemen pentingan dalam kandungan kursus tersebut iaitu:
1. Membina perisian ala karaoke : Gabungan perisian SonarV3 dan VanBasco.. Memudahkan guru mengajar aktiviti nyanyian. (HSP: Pengalaman Muzikal)... Perisian ini amat sesuai untuk Pelajar pemulihan, KIA 2M.
2. Merakam suara : Perisian SonarV3.. Menggunakan kreativiti guru dalam menyediakan bahan audio... Suntingan bunyi
3. Menyusun atur lagu: Perisian Powerpoint... Memudahkan capaian lagu-lagu yang telah dibuat

Rumusan:
Dapatan yang diperolehi, 98% daripada guru yang terlibat mahukan kursus ini diteruskan pada peringkat yang lebih tinggi. 100% mengatakan ia amat sesuai dengan bidang tugas kerja. 45% mengatakan bahan edaran ataupun nota terlalu sedikit. 85% berkehendakan jangkamasa kursus ditambah dan 96% memberitahu keseluruhan kursus ini amat baik dan mencabar kompetensi literasi komputer mereka.

Akhir kata : Terima kasih diucapkan kepada pihak IPPM kerana telah berjaya menjalankan kursus Inset ini terutama kepada Pn. Khadijah iaitu penyelaras kursus IPPM. Tidak lupa juga kepada En.Awaludin bin Joned (KU. Sains Sosial) yang memberikan kerjasama dalam menyediakan peserta kursus. Begitu juga dengan En. Abdul Latif bin Karim yang sentiasa bersama memantau kursus ini dan kepada En. Pardan yang banyak membantu menyelaraskan makmal komputer bersama dengan Pn.Lye (Guru Muzik SK. Bachang). Terima kasih tak terhingga kepada Pn. Kamsian Talib (Penyelia KT) yang sudi menghadirkan diri dalam upacara perasmian penutup. Dan akhir sekali kepada Guru Besar dan warga SK. Bachang yang sudi memberi tempat yang selesa untuk kami berkursus dan berbengkel... Jasa tuan tetap kami kenang... Terima kasih daun keladi... Kalau ada kursus nak tumpang lagi....

Thursday, September 20, 2007

Lagu-lagu dalam bentuk MP3 untuk Kem Muzik Kebangsaan

Assallammualaikum.w.b

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,berikut adalah lagu-lagu dalam bentuk MP3 untuk
Kem Muzik Kebangsaan 2007 pada November ini. Sila maklumkan jika terdapat "broken Link"
jika mendapati kesukaran "download" lagu-lagu tersebut.

Sekian.

jebat..b/p R man_aka amran aris

Saturday, July 21, 2007

Mesyuarat Pelaporan P.Muzik KBSM Bil.2/2007





20 Julai2007: Mesyuarat Pelaporan P.Muzik KBSM telah berlangsung di Bilik Kesidang, Bukit Beruang, JPN.Melaka. Ianya berjalan serentak dengan perjumpaan guru-guru baru opsyen P.Muzik. Mesyuarat kali ini menyentuh tentang perubahan jadual waktu, perbelanjaan PCG, perjalanan P&P dan hal-hal lain yang menyentuh tentang P.Muzik. Disamping itu, guru-guru diberi peluang memberi idea-idea, pendapat ataupun pandangan dalam meningkatkan keberkesanan P&P.

Pihak Unit Sains Sosial mengucapkan selamat datang kepada 8 orang guru-guru Muzik yang baru. Harapan dari pihak unit agar mereka ini dapat memberi sumbangan dan komitmen yang tinggi dalam memartabatkan subjek P.Muzik.

Pada mesyuarat kali ini juga, kita mempunyai seorang tetamu iaitu Pn.Mimi iaitu pelajar dari Universiti Malaya yang sedang menjalankan kajian P.Muzik KBSM Menegah Rendah dalam PHD dan guru-guru Muzik KBSM Negeri Melaka merupakan sebahagian dari sampel beliau. Kita mengharapkan kajian beliau dapat membantu meningkatkan kreadibiliti P.Muzik.

Bagi pihak unit khususnya dan pihak JPM amnya juga ingin mengucapkan berbanyak terimakasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak Jemaah Nazir Muzik (En.Rozman Syafie), PPK (En.Bahktiar Salleh), LPM (En.Raden) dan BTP (En.Azmi). Terima kasih semua

Thursday, July 19, 2007

Bengkel dan Rakaman Lagu Sektor Akademik





16-19 Julai2007: Bengkel Koir telah dijalankan di Bilik Muzik SMK.Iskandar Shah. Ianya dijalankan selama 4 hari. Tujuan bengkel ini diadakan ialah untuk merakamkan lagu "Akademik Bermutu Melaka No.1". Seramai 10 orang pelajar SMKIS dan 5 orang guru terlibat dengan bengkel ini. Lagu ini telah dirakamkan dalam bentuk Cakera Padat (CD) dan akan diedarkan kepada seluruh sekolah-sekolah negeri Melaka. Terima kasih kepada Pengetua SMK.Iskandar Shah kerana telah memberikan kerjasama dalam menyediakan fasiliti seperti bilik latihan dan rakaman. Terima Kasih Iskandar Shah.

Wednesday, July 18, 2007

Pemantauan Berfokus P.Muzik





18 Julai2007: Pemantauan berfokus P.Muzik telah dijalankan di SK. Datuk Hj.Baginda. Permantauan berdasarkan perjalanan P&P, Pengurusan Panitia dan Perbelanjaan Wang PCG. P&P P.Muzik di sekolah ini dijalankan mengikut apa yang dirancang. Guru yang dicerap ialah Pn. Lindza bte Ayub (Tahun 1 Bijaksana: Penghargan Estetik)) dan Pn. Norihan bte Atan (5 Bestari: Pengalaman Muzikal: Rekoder). Begitu juga dengan Pengurusan Panitia di mana fail-fail dikemaskini. Apa yang menarik di sekolah ini, program P.Muzik diaktifkan lagi dengan wujudnya Kelab Tunas Budaya iaitu kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Warisan. Kelab ini mengetengah Muzik Cak Lempong. Kumpulan ini juga telah berpengalaman membuat persembahan anjuran JPN Melaka dan NGO. Selain dari itu Cak Lempong Pacik juga diajar di kelab ini. Seramai 30 orang pelajar terlibat dengan program ini. Jurulatih dari KekWa, iaitu En. Razak bin Mohd. Said menjadi ko-ordinator kelab ini. Meminjam dari kata-kata Pengarah Bahagian Sekolah Pn. Hjh. Norizan "Apa yang berlaku dalam P&P, perlu diperagakan" supaya masyarakat dapat melihat apa yang berlaku di sekolah. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan oleh pihak sekolah dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang lain. Terima Kasih Cikgu.

Tuesday, July 17, 2007

Pemantauan Sekolah Angkat




14 Julai2007: Pemantauan Sekolah Angkat telah dijalankan di SJK(C) On Lok. Peratus lulus UPSR 2006 meningkat 23% berbanding pencapaian UPSR 2005. Pada tahun ini seramai 17 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Sekolah ini mempunyai 8 unit komputer dan ke semuanya berfungsi dengan baik. Hasil dari pemantauan yang dibuat, guru-guru kerap menggunakan kaedah ICT. Sebagai contoh, Cikgu Tai Kwee Whey yang mengajar Sains Tahun 1. Belian menggunakan perisian Multimedia. P&P yang beliau jalankan sangat menarik perhatian pelajar. Guru dan pelajar-pelajar sering berinteraksi. Konsep multimedia yang mengabungkan Teks , Gambar,Audio,dan Video merupakan pakej yang baik dalam mengintergrasikan proses P&P..... Syabas Cikgu..

Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan 2007





17 Julai2007: Mesyuarat kali ke 3 Jawatankuasa Kerja Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan telah diadakan di MITC. Datuk Hj.Yaakub Mohd.Amin yang merupakan Exco Pelajaran Dan Pengajian Tinggi Negeri Melaka hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut. Hadir sama ialah Pengarah JPN Melaka iaitu Tn.Hj.Isa bin Abu. Mesyuarat kali ini adalah melihat dengan lebih dekat tempat berlangsungnya majlis tesebut iaitu di MITC. Unit Sains Sosial ditugaskan sebagai Jawatankuasa Perasmian Pembukaan dan Perasmian Penutup iaitu memastikan lagu Negaraku dimainkan mengikut ketetapan.

Tuesday, July 10, 2007

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang




10-11 Julai 2007: Majlis Anugerah Perhidmatan Cemerlang 2006 (APC2006) telah diadakan di Dewan SMK.Padang Temu. Ianya dirasmikan oleh Exco Pelajaran dan Pendidikan Tinggi Negeri Melaka. Hadir sama ialah Pengarah Pelajaran Melaka yang baru iaitu Tn.Hj.Isa bin Abu. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah dipilih pada kali ini. Bagi Unit Sains Sosial, seperti biasa telah dipilih sebagai AJK Persembahan. Persembahan kali ini adalah dalam bentuk kombo. Ini merupakan aktiviti tahunan bagi guru-guru muzik Negeri Melaka membuat persembahan disamping membantu Jabatan Pelajaran Melaka menjalankan program-program.

Saturday, July 7, 2007

KURSUS TERAPI MUZIK 2007




02-03 Julai 2007. Kursus Terapi Muzik telah diadakan di Dewan Tun Teja, IPPM Melaka. Kursus ini dianjurkan oleh Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka dengan kerjasama Unit Sains Sosial, JPN Melaka. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 24 orang Guru Muzik Negeri Melaka dan kesemuanya adalah berumur di bawah 40 tahun. Ianya dikelolakan oleh Pensyarah Muzik IPPM iaitu En. Zainal bin Arifin. Bagi pihak JPN Melaka kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama ini. Muzik Terapi ialah satu aplikasi yang sistematik melalui muzik yang memberi suntikan dari aspek psikologi kepada pesakit atau orang kurang upaya. Ia berfokus kepada kemahiran tingkahlaku bukan muzikal yang ditentukan oleh pakar terapi muzik berkelayakan melalui penilaian yang sistematik dan perancangan rawatan. Ia dapat membantu ke arah ekspresi kreatif kepada manusia dan ia memberi peluang kepada mereka yang berkenaan mengalami sendiri. Ia merupakan salah satu cara memotivasikan pembelajaran dan memberi pengalaman yang menyeronokkan bukan menyusahkan. Harapan semoga guru-guru yang terlibat dengan kursus ini dapat membantu komuniti sekolah dalam kaedah muzik terapi ini.


Friday, July 6, 2007

Pertandingan Puisi Dan Lagu Peringkat Kebangsaan





26 Jun 2007. Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Kebangsaan 2007 telah diadakan di Auditurium Ujana, Labuan, WP. Pertandingan ini merupakan pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Sekolah, KPM. Semua kumpulan peserta adalah merupakan Johan bagi setiap negeri. Negeri Melaka pula diwakili oleh Sekolah Menengah Iskandar Shah, Jasin, Melaka. Ini merupakan kali kedua SMKIS mewakili Melaka dalam pertandingan tersebut. Bagi pertandingan ini kumpulan peserta perlu mencipta puisi dan kemudiannya mencipta lagu berdasarkan puisi tersebut. Selepas itu puisi hendaklah dideklamasi dan dinyanyikan. Pada pertandingan ini SMKIS berjaya mendapat tempat ke 4 dari 15 pasukan penyertaan. Keputusan tahun lepas, wakil Melaka ini hanya mendapat hadiah pilihan juri. Tahniah kepada pasukan SMKIS. Guru-guru yang terlibat ialah En.Sabar bin Mohd dan Pn. Lim Choon Fah. Terima kasih kepada En. Zuhri bin hasan(SK. Air Baruk) kerana membantu pasukan tersebut. Begitu juga dengan En. Azahri (GPK.KK SMKIS) yang begitu perihatin dengan pasukan ini. Syabas!