02-03 Julai 2007. Kursus Terapi Muzik telah diadakan di Dewan Tun Teja, IPPM Melaka. Kursus ini dianjurkan oleh Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka dengan kerjasama Unit Sains Sosial, JPN Melaka. Bengkel ini dihadiri oleh seramai 24 orang Guru Muzik Negeri Melaka dan kesemuanya adalah berumur di bawah 40 tahun. Ianya dikelolakan oleh Pensyarah Muzik IPPM iaitu En. Zainal bin Arifin. Bagi pihak JPN Melaka kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kerjasama ini. Muzik Terapi ialah satu aplikasi yang sistematik melalui muzik yang memberi suntikan dari aspek psikologi kepada pesakit atau orang kurang upaya. Ia berfokus kepada kemahiran tingkahlaku bukan muzikal yang ditentukan oleh pakar terapi muzik berkelayakan melalui penilaian yang sistematik dan perancangan rawatan. Ia dapat membantu ke arah ekspresi kreatif kepada manusia dan ia memberi peluang kepada mereka yang berkenaan mengalami sendiri. Ia merupakan salah satu cara memotivasikan pembelajaran dan memberi pengalaman yang menyeronokkan bukan menyusahkan. Harapan semoga guru-guru yang terlibat dengan kursus ini dapat membantu komuniti sekolah dalam kaedah muzik terapi ini.
No comments:
Post a Comment