Thursday, May 31, 2007

KURSUS PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN MUZIK UNTUK GURU-GURU OPSYEN SEKOLAH MENENGAH NEGERI MELAKA 2007

Pada 06 – 08 Mac2007, Kursus Penggunaan ICT Dalam Pendidikan Muzik telah diadakan di Hotel Malaya, Kuala Lumpur. Seramai 45 orang guru muzik seluruh sekolah di negeri Melaka terlibat dengan kursus ini dan ianya dianjurkan oleh Unit Sains Sosial, Jabatan Pelajaran Melaka. Encik Mastor bin Jarkaseh dari SM.Sains Teluk Intan telah dijemput untuk memberikan ceramah dan menjalankan bengkel kursus tersebut. Seramai 5 orang Jurulatih Utama Pendidikan Muzik Negeri Melaka membantu beliau dalam perkongsian maklumat tersebut. Encik Mastor juga merupakan seorang Fasilitator bagi Unit Muzik Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pengisian dalam bengkel ini ialah tentang penggunaan perisian (Software) Sibelius V3. Ini dapat membantu guru-guru muzik menghadapi P&P Pendidikan Muzik. Perisian Sibelius V3 telah dibekalkan oleh PPK kepada sekolah-sekolah rintis Pendidikan Muzik. Selain dari membuat nota muzik, perisian ini juga boleh digunakan untuk membina soalan-soalan, membuat gubahan lagu dan notasinya boleh diimbas (scan).
Sambutan dari peserta kursus amat menggalakkan. Penerangan yang diberikan oleh penceramah dapat diikuti dengan berkesan oleh peserta kursus. Harapan semoga kursus ini dapat membantu guru-guru menjalankan P&P Pendidikan Muzik dengan lebih berkesan.

1 comment:

Ahmad Rithaudin said...

Tahniah kepada Unit Sains Sosial JPM kerana telah mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu guru-guru muzik di negeri Melaka. Saya merupakan calon Ph.D in Music Education di University of Miami, Florida, USA berminat untuk mencari guru-guru muzik dan sekolah-sekolah menengah yang menawarkan Pendidikan Muzik KBSM untuk melibatkan diri di dalam kajian kedoktoran saya yang bertajuk "The Effect of Music Theory snd Music Appreciation Instructional Websites on Musical Achievement of Malaysian KBSM General Music Education Students."

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya di ahmadrithaudin@yahoo.com Saya akan menghubungi anda untuk keterangan lanjut tentang kajian saya dan kelebihan penggunaan laman web interaktif untuk pembelajaran dan pengajaran muzik di Malaysia. Segala bahan-bahan yang akan digunakan di dalam kajian ini adalah percuma dan merupakan hakcipta saya.

Sekian. Terima kasih. Diharapkan guru guru yang berminat boleh menghubungi saya secepat mungkin.

Ahmad Rithaudin Md Noor
PhD Program
Department of Music Education and Music Therapy
Frost School of Music
University of Miami
Florida, USA