04 Jun 2007, Perhimpunan Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Wisma Seri Negeri. Perhimpunan kali ini dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Melaka. Ianya telah dirasmikan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka. Sebagai pengelola perhimpunan, JPM diminta menguruskan perhimpunan tersebut seperti menyediakan pasukan koir, pengurusan hadiah dan yang berkaitan dengan perjalanan perhimpunan. Ucapan dimulakan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka yang baru iaitu Tn.Hj.Mazlan Mohd. Amin. Bagi pihak JPM, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kumpulan koir di bawah pimpinan Cikgu Ronald Hendriks kerana telah dapat menyediakan pasukan koir yang mantap. Terima kasih juga diucapkan kepada pengetua SMK. Bukit Baru Pn.Umaizarah kerana sentiasa memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada JPM. Terima kasih daun keladi, kalau ada program hendak minta tolong lagi.
Monday, June 4, 2007
PERHIMPUNAN KERAJAAN NEGERI MELAKA JUN 2007

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment